Cari @ Amanz

Cut The Rope merupakan salah satu permainan popular di peranti mudah-alih, dan sehingga kini, ia telah dimuat-turun lebih 750 juta kali. Beberapa edisi berbeza dibawah nama Cut The Rope telah diperkenalkan, dan terkini, pembangunnya Zepto Lab telah melancarkan versi baru dinamakan sebegai Cut The Rope : Magic.

Cut The Rope Magic

Cut The Rope : Magic masih mengekalkan bentuk permainan yang berasaskan daya gerakan dan memerlukan anda hadir dengan beberapa langkah tersendiri untuk memastikan watak Om Nom dapat gula-gula yang diminati. Namun, untuk edisi ini, pengguna diberikan sedikit kawalan berbeza, membolehkan pengguna mengubah watak Om Nom kepada watak lain – sebagai contoh kepada ikan jika ingin dapatkan gula-gula dari dalam air.

Permainan Cut The Rope ini ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Android dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi, sementara untuk versi iOS pula, ia ditawarkan pada harga $0.99.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd