Cari @ Amanz

Penggunaan Adobe Flash semakin menurun dari hari ke hari, apatah lagi dengan sokongan HTML5 yang semakin meluas – daripada menyokong animasi dan video. Beberapa syarikat telah mengumumkan peralihan daripada penggunaan teknologi Flash, dan hari ini, Facebook turut mengumumkan peralihan tersebut.

Facebook Video

Buat masa ini, Facebook hanya mengalihkan penggunaan paparan video sahaja, sementara untuk permainan, Facebook masih menggunakan teknologi Adobe Flash.

Facebook mengatakan dengan menggunakan sokongan HTML5, ia menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada pengguna, selain membolehkan video dimainkan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya. Pada hari ini, pelbagai pelayar web moden menyokong HTML5, termasuk pada peranti mudah-alih – menjadikan peralihan ini bukan suatu masalah besar, malah ramai yang tidak perasan akan perubahan ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd