Papan Kekunci Fleksy Akan Hadir Terbina Pada Telefon ZTE Akan Datang
ZTE

Papan Kekunci Fleksy Akan Hadir Terbina Pada Telefon ZTE Akan Datang

Diterbitkan pada Dis 19, 2015 oleh .

Fleksy merupakan salah satu papan kekunci maya yang ditawarkan untuk pengguna peranti Android – menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding papan kekunci biasa yang hadir terbina. Mereka sedia menawarkan papan kekunci mereka secara percuma, dan terkini mereka turut mengumumkan kerjasama dengan pihak ZTE.

Fleksy

Melalui kerjasama pihak Fleksy dan ZTE, ia akan membolehkan semua peranti ZTE akan datang hadir terbina bersama-sama papan kekunci Fleksy.

Fleksy sedia menawarkan sokongan tema pada papan kekunci mereka, membolehkan ZTE untuk mengubah paparan papan kekunci Fleksy mengikut tema peranti mereka, dan pada masa yang sama menawarkan ciri-ciri input yang pantas – termasuk sokongan emoji dan juga GIF.


TIPS & ULASAN