Cari @ Amanz

Terdapat beberapa pemain media yang berfungsi khusus untuk memainkan muzik, dan salah satu yang popular adalah AIMP. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terkini pemain media berkenaan, iaitu AIMP 4.0.

AIMP 4.0

AIMP 4.0 membawakan rekaan antaramuka yang dikemaskini berbanding versi sebelumnya, dan turut hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuk integrasi beberapa pemalam seperti kebolehan untuk menetapkan Sleep Timer, kemaskini pada Audio Converter, penambah-baikkan pada senarai main lagu, sokongan memainkan sample rate 352.8 KHz, dan beberapa yang lain.

AIMP 4.0 ini ditawarkan untuk pengguna Windows XP SP3, Windows Vista, Windows 7, Windows 8 dan juga Windows 10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd