DBKL Tidak Akan Mengeluarkan Lesen Untuk Perniagaan Rokok Elektronik

DBKL Tidak Akan Mengeluarkan Lesen Untuk Perniagaan Rokok Elektronik

Diterbitkan pada Dis 19, 2015 oleh .

Johor dan Kelantan telah mula tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk penjualan rokok elektronik bermula 1 Januari 2016 kelak, dan telah meminta penjual sedia ada untuk menghentikan perniagaan berkenaan. Kini, lanjutan daripadanya, DBKL mengatakan mereka tidak akan mengeluarkan lesen untuk perniagaan rokok elektronik atau vape.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih kekal dengan polisi mereka untuk tidak mengeluarkan lesen untuk perniagaan vape atau rokok elektronik. DBKL turut mengatakan mereka sedang dalam perbincangan untuk apa yang perlu dilakukan untuk peniaga sedia ada di Kuala Lumpur yang menjual barangan berkenaan.

Rokok elektronik telah menjadi salah satu fenomena akhir-akhir ini, dimana ramai yang mula menggunakannya – dan ada yang tidak begitu mengambil berat orang sekeliling ketika menggunakan rokok elektronik mereka. Pada masa yang sama, masalah kesihatan berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik masih diperdebatkan, disamping baru-baru ini telah mempunyai beberapa kes berkaitan botol cecair vape disyaki mengandungi dadah.


TIPS & ULASAN