Cari @ Amanz

Facebook News Feed merupakan salah satu pusat sehenti yang dikunjungi ramai pengguna setiap hari. Melaluinya, pengguna sering mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada rakan-rakan atau jenama yang diingini dengan mudah.

Facebook Friends FeedWalaubagaimanapun, terdapat beberapa perkongsian yang tidak disukai ramai – sebagai contoh, apa yang rakan kita Like, atau dimana rakan kita tinggalkan komen, serta lain-lain perkongsian lagi.

Terkini, sebuah pemalam khusus disediakan seorang pembangun, yang mana hanya memaparkan kemaskini daripada rakan-rakan dan Pages sahaja – tanpa memaparkan kemaskini aktiviti.

Pemalam khusus dinamakan Friends Feed ini disediakan untuk Chrome dan Safari sahaja, dan anda yang sering menggunakan Facebook mungkin akan menyukai pemalam ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd