Terdapat beberapa aplikasi dan laman web yang menyediakan panduan untuk menunaikan haji dan juga umrah. Terkini, salah satu aplikasi yang telah diperkenalkan untuk pengguna iPhone daripada pembangun tempatan adalah Manasik.
Manasik menawarkan sokongan dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Malaysia dan juga Inggeris (bergantung kepada tetapan pada peranti anda- yang mana mungkin tidak begitu digemari ramai pengguna). Melalui Manasik, pengguna boleh mendapatkan nota-nota dan panduan berkaitan menunaikan ibadah haji dan umrah.
Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan pengguna boleh mendapatkan beberapa kandungan tambahan melalui pembelian dalam-aplikasi.
Manasik turut mengintegrasikan fungsi menawarkan panduan untuk membaca doa yang sepatutnya pada lokasi yang tepat, disamping membolehkan anda turut mengetahui sejarah di beberapa lokasi ketika menunaikan umrah dan haji.
Buat masa ini aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna iPhone dan juga Android.
- Muat-Turun: Manasik untuk iOS
- Muat-Turun: Manasik untuk Android