Pada tahun ini, kita telah menyaksikan beberapa kandungan menarik ditawarkan dalam bentuk realiti-maya. Ia menawarkan pengalaman eksplorasi dan pemahaman yang lebih mudah kepada pengguna. Terkini, NASA yang aktif dalam penjelajahan planet Marikh mengumumkan mereka akan menawarkan kandungan khusus untuk menjelajah Marikh menggunakan peranti realiti-maya pada tahun 2016.
NASA menamakan projek ini sebagai Mars 2030, dan ia bakal ditawarkan secara percuma untuk pengguna Oculus Rift, Google Cardboard dan juga Samsung VR Gear. Ia turut bakal ditawarkan untuk pengguna iPhone dan juga Android.
NASA mengatakan melalui realiti-maya, ia akan memudahkan mereka berkongsi pengalaman dan apa yang mereka lakukan di Marikh bersama-sama orang ramai. Seperti ramai sedia maklum, pengalaman simulasi merupakan apa yang digunakan untuk melatih ramai angkasawan – dan penggunaan realiti maya secara tidak langsung akan membantu dalam urusan berkenaan.
NASA dijangka memperkenalkan Mars 2030 sekitar Mac 2016 kelak.