Carian
iPhone Masih Merupakan Kamera Paling Popular Di Flickr, SLR Mula Digantikan Mirrorless
December 21, 2015 Aman

Flickr hari ini telah mengeluarkan laporan tahunan mereka mengenai bagaimana para pengguna seluruh dunia menggunakan perkhidmatan mereka, dan jenama kamera yang popular digunakan pengguna untuk memuat-naik gambar ke Flickr.

Flickr 2015

Pada tahun ini, Apple masih mengekalkan kedudukan sebagai kamera yang paling popular digunakan pengguna untuk memuat-naik gambar ke perkhidmatan tersebut. Mengikut dibelakang Apple (iPhone) adalah jenama Canon dan juga Nikon. Samsung dan Sony masing-masing dikedudukan ke empat dan juga kelima. Sementara untuk Canon dan Nikon – kedua-duanya memperlihatkan penurunan, sementara Samsung dan Sony kekal mendatar penggunaan kamera untuk rakaman di Flickr.

Flickr juga turut menekankan yang mana selain penggunaan peranti mudah-alih untuk rakaman gambar, kamera SLR juga mula dialih ganti penggunaannya oleh kamera mirrorless.

Flickr 2015

Komen