Rakuten Malaysia merupakan salah satu laman jual-beli tempatan yang menawarkan pelbagai produk melaluinya – termasuk daripada beberapa syarikat IT. Ia telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas, dan baru-baru ini mereka telah memperkenalkan Rakuten Super Point-Back.
Melaluinya, anda akan menerima rebat 5% atas semua belian yang anda lakukan di Rakuten. Mata ganjaran yang dikumpulkan boleh diubah oleh pengguna untuk mendapatkan potongan harga pada pembelian mereka yang seterusnya.
Bersempena dengan pengenalan program baru ini, disamping musim beli-belah ujung tahun ini, Rakuten Malaysia menawarkan 25 Super Points percuma kepada para pembaca Amanz. 25 Super Points ini adalah bernilai bersamaan dengan RM25, dan Rakuten menawarkannya untuk 10 pemenang bertuah.
Untuknya, anda hanya perlu meninggalkan slogan :
“Jika saya ada 25 Rakuten Super Points (bersamaan RM25), saya akan beli … kerana …“.
Anda perlu meninggalkan komen dengan ID Rakuten anda untuk memudahkan proses pemindahan mata ganjaran berkenaan jika anda menang. Sekiranya anda tidak mempunyai ID Rakuten, anda boleh mendaftarkan diri secara percuma di laman Rakuten Malaysia hari ini.
- Daftar : Rakuten ID
Tinggalkan komen anda dibawah dengan ID Rakuten serta slogan berkenaan, dan 10 orang pemenang bertuah akan dipilih. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 31 Disember 2015, 12 tengah malam. Hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh menyertainya.