Apple telah pun sedia menyertai arena penstriman muzik, selain mengambil-alih Beats dalam fokus terhadap audio. Kini, sebuah laporan baru hadir mengatakan Apple sedang dalam persiapan untuk melancarkan perkhidmatan penstriman audio mereka dalam kualiti audio tinggi pada 2016 kelak.
Desas-desus mengenai kualiti audio yang tinggi daripada Apple ini bukan sesuatu yang baru. Ia telah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas – tetapi kini dengan Apple yang sedia menawarkan perkhidmatan penstriman tersendiri, maka ura-ura kali ini lebih “masuk-akal”.
Menurut beberapa sumber dalaman, ia dikatakan Apple sedang membangunkan penstriman audio pada kadar 96kHz/24bit untuk diperkenalkan pada tahun 2016 – apatah lagi dengan Ligthning pada iOS9 yang menyokong sehingga kadar 192kHz/24bit.
Beberapa perkhidmatan penstriman sedia memfokuskan kepada penstriman audio berkualiti tinggi, apatah lagi dengan pelbagai persaingan sengit dalam arena tersebut yang membuatkan pelbagai penyedia perkhidmatan bersaing untuk mendapatkan keunikkan mereka tersendiri.