Carian
BlackBerry Bakal Memperlihatkan Perkembangan Teknologi Pemanduan Kereta Tanpa-Pemandu Pada CES 2016
December 21, 2015 Aman

BlackBerry sedia mempunyai platform QNX yang digunakan mereka untuk sistem operasi, selain turut digunakan pada pelbagai kenderaan seluruh dunia. Bergerak ke hadapan, BlackBerry turut tidak ketinggalan dalam arena automotif, dan mengumumkan bakal memperlihatkan teknologi pemanduan kereta tanpa-pemandu mereka tersendiri pada awal 2016.

Apa yang bakal diperlihatkan oleh BlackBerry adalah lebih kepada perisian dan teknologi pemanduan automatik mereka tersendiri – dan mengatakan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pengeluar kenderaan seluruh dunia.

Disamping kenderaan, BlackBerry juga bakal mempertontonkan portfolio produk dibawah BlackBerry IoT pada awal 2016 ini – iaitu pada acara CES 2016.

CES 2016 bakal diadakan bermula 6 Januari ini, dan ia agak menarik untuk melihat BlakcBerry turut hadir dengan perkembangan dan teknologi baru dalam arena automotif.

Komen