Cari @ Amanz

Bagi anda yang mengikuti arena jailbreak dan pengodaman iPhone, mungkin nama Geohot tidak asing untuk anda. Geohot atau nama sebenarnya, George Hotz merupakan antara yang terawal dalam menyertai pengodaman iPhone dan membolehkan pengguna menyertakan perisian atau mengubah sistem operasi iOS dengan mudah. Beliau juga turut terkenal dengan pengodaman yang dilakukan pada sistem konsol permainan PlayStation 3.

CommaAi

Kini, setelah menyepi beberapa ketika, beliau hadir dengan teknologi kenderaan yang dipandu sendiri melalui syarikat pembelajaran mesin beliau tersendiri, Comma.Ai.

Melalui Comma.Ai, kini beliau sedang membangunkan teknologi pembelajaran untuk kenderaan yang boleh memandu dan menggunakan algoritma lebih seperti manusia. Beliau menekankan yang mana sistem yang dibangunkan oleh Geohot tidak menggunakan algoritma yang telah ditetapkan, sebaliknya lebih kepada mempelajari melalui gaya pemanduan manusia sendiri.

Satu lagi perkara menarik mengenai Comma.Ai adalah dimana mereka ingin membolehkan teknologi ini diimplementasikan pada kenderaan pada kos yang lebih rendah.

Buat masa ini, Geohot tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjualnya atau mengkomersialkannya. Mungkin dengan perkembangan positif teknologi Comma.Ai ini, kita akan dapat melihat beliau bekerjasama dengan syarikat yang lebih besar – atau tidak mustahil untuk melihat syarikat Comma.Ai diambil-alih oleh syarikat automotif lain seperti Tesla dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd