JomCelebrate Membolehkan Anda Menghantar Poskad Hari Natal Secara Percuma

JomCelebrate Membolehkan Anda Menghantar Poskad Hari Natal Secara Percuma

Diterbitkan pada Dis 21, 2015 oleh .

SpeedRent merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pengguna untuk menemui rumah sewa dengan mudah – disamping bagi pemilik rumah boleh menjual atau menyewakan hartanah mereka dengan mudah.

JomCelebrate

Baru-baru ini, mereka telah memenangi anugerah anjuran Digi, dan melaluinya, mereka telah memenangi RM10,000. Untuk membelanjakannya dan pada masa yang sama menghargai pengguna, serta membuat pemasaran, pihak SpeedRent kini memperkenalkan perkhidmatan khusus dinamakan JomCelebrate.

Melalui JomCelebrate, pengguna boleh menghantar poskad bersempena hari Natal kepada rakan-rakan mereka, dan pihak mereka akan membuat penghantaran sebuah poskad fizikal kepada rakan atau ahli-keluarga.

Untuk menghantar, pengguna perlu memuat-turun aplikasi SpeedRent, dan membuat penghantaran poskad dengan menaip melaluinya. Anda turut boleh menghantar mesej tersendiri melalui poskad yang dihantar kepada rakan atau ahli keluarga anda.

Layari : JomCelebrate


TIPS & ULASAN