Pemain Media VLC Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Chrome OS

Pemain Media VLC Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Chrome OS

Diterbitkan pada Dis 21, 2015 oleh .

Dalam pelbagai pemain media yang ditawarkan untuk komputer, salah satu pemain media yang sangat popular adalah VLC. Ia ditawarkan secara percuma untuk pelbagai platform, dan terkini, pembangunnya turut menawarkan pemain media tersebut untuk pengguna Chrome OS.

VLC Chrome OS

Seperti ramai sedia maklum, di Malaysia, beberapa pengeluar telah mula menawarkan komputer riba berasaskan Chrome OS – dan pengenalan ini semestinya menjadikan ramai pengguna sistem operasi berasaskan HTML5 berkenaan gembira.

Melalui VLC untuk Chrome OS, ia membolehkan anda mengakses dan menonton pelbagai jenis fail media dengan mudah pada komputer riba Chrome OS mereka – termasuk menyokong penggunaan fail sarikata.

Pihak VLC membangunkan VLC untuk Chrome ini menggunakan kod sumber aplikasi Android mereka, dan membuat pengoptimasian khusus untuk pengguna Chrome OS.

Bagi anda yang menggunakan Chromebook dan Chrome OS, anda boleh memuat-turun pemain media VLC ini daripada Chrome Web Store hari ini secara percuma.

Muat-Turun VLC untuk Chrome OS


TIPS & ULASAN