Kerentanan Pada Sistem Linux Membolehkan Penggodam Log Masuk Dengan Tekan Butang Backspace 28 Kali

Kerentanan Pada Sistem Linux Membolehkan Penggodam Log Masuk Dengan Tekan Butang Backspace 28 Kali

Diterbitkan pada Dis 21, 2015 oleh .

Pada tahun ini, pelbagai kerentanan baru ditemui, dan untuk sistem Linux, baru-baru ini sebuah kerentanan telah ditemui, membolehkan sesiapa sahaja yang log masuk ke komputer menjalankan sistem operasi Linux dengan menekan butang backspace sebanyak 28 kali.

Kerentanan ini ditemui pada pelbagai sistem operasi Linux yang menggunakan bootloader Grub2. Antara yang terjejas adalah termasuk Ubuntu, Red Hat dan sebagainya. Dengan menekan sebanyak 28 kali, ia akan menjalankan Grub Rescue Shell, dimana membolehkan penggodam menjalankan program yang dikehendaki mereka yang mungkin menjejaskan beberapa data pengguna.

Apa pun, dengan komuniti sumber terbuka yang meluas, pihak pembangun Ubuntu, Debian, Red Hat dan sebagainya telah mengeluarkan patch untuk kerentanan ini. Mungkin jika anda menggunakan sistem operasi Linux, perlu kemaskini ke versi terkini untuk mengelak anda terjejas dengan kerentanan baru ini.


TIPS & ULASAN