Cari @ Amanz

Majlis Fatwa Kebangsaan Memutuskan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Adalah Haram

Oleh Aman

Link Copied!

Selepas beberapa negeri mengharamkan jualan vape dan rokok elektronik, hari ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun secara rasminya mengumumkan yang mana hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Melalui laporan Berita Harian, Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan rokok elektronik dan vape ini haram selepas mendengar penjelasan pelbagai pakar, termasuk Kementerian Kesihatan terhadap kesannya kepada kesihatan pengguna. Ia telah ditetapkan berdasarkan kepada Qaedah Saad Al-Zaraia iaitu menutup keburukan yang lebih besar dan berbahaya.

Disamping membawa kepada kemudaratan kesihatan, ia juga turut membazir wang, dan mensia-siakan masa dan harta.

Majlis Fatwa Kebangsaan turut meminta semua negeri untuk mengikuti keputusan yang telah dilakukan oleh mereka.

Keputusan ini juga konsisten dan selari dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini terhadap rokok dan juga shisha – yang mana, kedua-duanya juga adalah haram.


Komen ()