Menggunakan Huawei Mate 7 Atau Huawei G7? Kemaskini Android Lollipop Sedia Dimuat-Turun

Menggunakan Huawei Mate 7 Atau Huawei G7? Kemaskini Android Lollipop Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Dis 22, 2015 oleh .

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan pengenalan kemaskini Android Lollipop untuk para pengguna peranti Huawei Mate 7 dan juga Huawei G7 di Malaysia.

Huawei Lollipop

Huawei mengatakan melalui kemaskini ini, ia menawarkan kemaskini pada antaramuka peranti berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, peranti Huawei hadir dengan rekaan antaramuka yang dinamakan sebagai EMUI – dimana hadir menyertakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

Disamping itu, Lollipop juga turut membawakan peranti yang lebih stabil – dan menawarkan peranti yang beroperasi lebiih pantas dan lancar.

Untuk pengguna Huawei Mate 7, anda akan menerima notifikasi untuk kemaskini OTA, sementara untuk pengguna Huawei G7, anda perlu memuat-turun fail Android Lollipop secara manual, dan memasangnya pada peranti anda.


TIPS & ULASAN