Pengguna Honor 7? Kini Anda Boleh Mendaftar Minat Untuk Menguji Android 6.0 Marshmallow

Pengguna Honor 7? Kini Anda Boleh Mendaftar Minat Untuk Menguji Android 6.0 Marshmallow

Diterbitkan pada Dis 22, 2015 oleh .

Honor 7 telah dilancarkan beberapa bulan yang lepas, dan merupakan antara peranti flagship yang menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik pada harga RM1399. Peranti ini masih dijual dan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengguna tempatan.

Honor 7 Marshmallow

Dengan pelbagai persaingan sengit dalam arena peranti Android, salah satu perkara yang turut menjadi fokus ramai pengeluar adalah menawarkan kemaskini Android terkini dengan pantas. Honor tidak ingin ketinggalan dalamnya, dan telah memulakan ujian beta untuk Android 6.0 Marshmallow bagi peranti Honor 7 di UK sebelum ini. Terkini, mereka turut telah memulakan ujian Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna tempatan.

Honor Malaysia meminta pengguna yang berminat untuk mendaftarkan diri untuk menyertai ujian beta yang bakal diadakan, dan mencuba sendiri sistem operasi terbaru EMUI 4.0 berasaskan kepada Android 6.0 Marshmallow.

Seperti biasa, pelbagai ciri-ciri baru disertakan, termasuk fungsi untuk melindungi mata (yang akan mengawal paparan cahaya pada skrin), sokongan rakaman skrin dalam bentuk video, rakaman gambar dengan ciri profesional, serta beberapa fungsi yang lain.

Jika anda menggunakan peranti Honor 7, mungkin anda boleh mendaftarkan diri untuk menyertai ujian beta Android 6.0 Marshmallow untuk Honor 7 – dan menjadi antara yang terawal untuk mengujinya.

Sertai : Ujian Android 6.0 Mashmallow untuk Honor 7


TIPS & ULASAN