Carian
Facebook Menambah Sokongan Untuk Apple Live Photos
December 22, 2015 Aman

Apple ketika pengenalan iPhone 6S dan iPhone 6S Plus, telah memperkenalkan fungsi rakaman gambar baru yang dinamakan sebagai Live Photos, dimana peranti merakamkan gambar beberapa saat supaya pengguna tidak terlepas sebarang detik-detik penting.

Daripada rakaman gambar berkenaan, gambar biasa boleh dihasilkan dan dikongsikan dimana-mana laman sosial. Tetapi, pihak Facebook tidak ingin pengguna terlepas sebarang detik penting mereka, dan telah pun mula memperkenalkan sokongan muat-naik gambar Apple Live Photos pada perkhidmatan sosial mereka.

Facebook Live Photos

Facebook pada perkhidmatan mereka memaparkan gambar statik secara asasnya, tetapi pengguna dipaparkan dengan sebuah butang khusus yang menandakan ia adalah Live Photos, dan pengguna boleh tap padanya untuk melihatnya.

Bagi anda yang menggunakan iPhone 6S atau iPhone 6S Plus, mungkin boleh mencuba memuat-naik gambar Live Photos ke halaman Facebook, dan melihat hasilnya sendiri.

Komen