Google Dan Ford Dilaporkan Akan Membuat Syarikat Baru Untuk Membangunkan Kenderaan Dipandu Sendiri

Google Dan Ford Dilaporkan Akan Membuat Syarikat Baru Untuk Membangunkan Kenderaan Dipandu Sendiri

Diterbitkan pada Dis 22, 2015 oleh .

Google telah pun bekerjasama dengan Johnson & Johnson untuk hadir dengan sebuah syarikat baru memfokuskan pembedahan robotik. Kini, laporan baru hadir mengatakan Google akan mengumumkan kerjasama dengan pihak Ford untuk sebuah syarikat baru yang memfokuskan pembangunan kenderaan yang dipandu sendiri.

Kereta Auomatik Ford

Kerjasama ini akan menguntungkan kedua-dua pihak – Google dan Ford. Google sedia mempunyai kepakaran dalam membangunkan kenderaan yang dipandu automatik, dan telah mengujinya untuk bertahun-tahun. Ford pula mempunyai kepakaran dalam pengeluaran kenderaan dan pemasarannya.

Google sendiri sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan lain dalam menggunakan teknologi pemanduan automatik mereka.

Google dan Ford dijangka mengumumkan usaha baru mereka ini sekitar CES 2016 yang akan berlangsung beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN