Samsung Dilaporkan Akan Membuat Pengeluaran Cip Untuk AMD Pada 2016

Samsung Dilaporkan Akan Membuat Pengeluaran Cip Untuk AMD Pada 2016

Diterbitkan pada Dis 22, 2015 oleh .

AMD HBMSamsung Electronics, selain mempunyai pelbagai bahan elektronik yang dibangunkan sendiri, mereka juga mengambil kontrak pengeluaran untuk beberapa jenama lain – seperti untuk Apple dan sebagainya. Terkini, menurut laporan baru, ia dikatakan Samsung akan turut mengeluarkan cip untuk pihak AMD pada tahun 2016 kelak.

Samsung dikatakan akan menggunakan teknologi pengeluaran 14-nm untuk cip bagi pengeluaran cip pemprosesan dan grafik AMD. Dengan kerjasama pihak Samsung, AMD dijangka akan dapat mengeluarkan lebih banyak cip serta memenuhi permintaan pasaran dengan pantas.

Seperti biasa, pihak Samsung dan AMD tidak mengeluarkan sebarang komen ke atas laporan baru ini.


TIPS & ULASAN