Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan peranti realiti-maya mereka, Gear VR Innovator Edition pada harga RM799 – membolehkan pengguna menggunakan peranti Samsung mereka untuk menikmati kandungan realiti-maya. Hari ini, pihak Samsung Malaysia turut memperkenalkan Gear VR edisi pengguna yang ditawarkan pada harga lebih rendah, iaitu RM459.

Samsung Gear VR

Samsung Gear VR ini hanya menyokong peranti Galaxy Note 5, Galaxy S6, Galaxy S6 Edge+, dan juga Galaxy S6 Edge sahaja. Samsung Gear VR ini dikatakan membawakan kawalan yang lebih baik – disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna untuk menikmati pelbagai kandungan realiti maya dengan mudah menggunakannya – termasuk beberapa kandungan khusus seperti video dan permainan yang dibawakan khas untuk Gear VR.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Gear VR ini daripada pengedar rasmi Samsung pada harga RM459.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd