Jika anda pernah menonton filem The Martian, mungkin anda ingat akan babak dimana watak utamanya mencuba untuk menanam ubi di planet Marikh. Seperti ramai sedia maklum, ia hanyalah pada filem sahaja – dan kini, dalam dunia nyata, sekumpulan saintis ingin mencuba untuk merealisasikannya.
Eksperimen ini akan diterajui oleh NASA dan juga International Potato Center – yang mana akan menjadi salah satu usaha untuk membuat tumbuhan membiak dalam sebuah bangunan yang terkawal.
Pada hari ini, daripada kajian yang dilakukan, ia diketahui yang mana atmosfera planet Marikh mempunyai kandungan karbon dioksida sebanyak 95%. Pasukan saintis ini akan cuba replika akan keadaan di planet Marikh didalam sebuah makmal, dan cuba membuat ubi tumbuh didalamnya.
Jika eksperimen ini berjaya, kita mungkin akan melihat perkebunan atau perladangan antara angkasa pada masa akan datang.