Twitter Memfailkan Paten Untuk Mengawal Dron Menggunakan Tweet – Dan Boleh Menghantar Tweet

Twitter Memfailkan Paten Untuk Mengawal Dron Menggunakan Tweet – Dan Boleh Menghantar Tweet

Diterbitkan pada Dis 22, 2015 oleh .

Twitter merupakan salah satu laman sosial terkemuka – dan terkini, agak mengejutkan kerana mereka dilihat telah memfailkan paten untuk sebuah dron. Melalui paten yang difailkan Twitter, ia dilihat dron berkenaan boleh dikawal menggunakan penghantaran Tweet oleh pengguna.

Dron

Sebagai contoh, pengguna boleh menghantar arahan kepada dron berkenaan, dan ia akan melakukannya – mungkin seperti merakamkan gambar, merakamkan video dan sebagainya. Menariknya, dron berkenaan juga turut boleh menghantar Tweet daripadanya – sekaligus menjadikan dron ini mungkin berguna untuk beberapa acara, sebagai contoh untuk konsert atau acara di kawasan terbuka.

Seperti biasa, pendaftaran paten merupakan salah satu perkara biasa yang dilakukan oleh syarikat gergasi – dan tidak semestinya mereka hadir dengan produk akhir berdasarkan paten berkenaan.

Namun, ia masih sesuatu yang menarik untuk mendengar akan Twitter memfailkan paten untuk sebuah dron.


TIPS & ULASAN