Lexus merupakan salah satu jenama kenderaan mewah dibawah Toyota, yang mana sebelum ini telah hadir dengan beberapa rekaan serta produk konsep menarik. Terkini, mereka turut memperlihatkan konsep rekaan tayar menggunakan ais yang digunakan pada kenderaan.
Tayar ais berkenaan diukir tangan, yang membawakan gabungan rim dan juga tayar. Lexus mengatakan mereka mengambil masa selama 3 bulan untuk hadir dengan konsep ini, sekaligus membolehkan tayar ais berkenaan menyokong kenderaan untuk dipandu tanpa pecah.
Disamping tayar sahaja, sebelum menguji sendiri kenderaan yang dipasang tayar ais berkenaan, mereka telah sejuk-bekukan Lexus NX pada suhu -22F – yang memudahkan tayar ais berkenaan disambungkan.
Seperti biasa, ini boleh dikatakan tidak sesuai untuk dunia nyata dan sekadar konsep sahaja semata-mata.