GrabCar Kini Menawarkan Kenderaan Bertemakan Star Wars Untuk Tempoh Terhad

GrabCar Kini Menawarkan Kenderaan Bertemakan Star Wars Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Dis 22, 2015 oleh .

Dengan fenomena dan demam filem Star Wars, kini GrabCar mengambil peluang dan menawarkan pengguna dengan kenderaan bertemakan Star Wars secara eksklusif. Melalui kenderaan yang bertemakan Star Wars ini, pengguna bukan sahaja boleh ke lokasi yang ingin mereka pergi – tetapi juga turut berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah serta tiket ke pawagam.

GrabCar Star Wars

Untuk membuat tempahan GrabCar bertemakan StarWars ini, pengguna hanya perlu membuka aplikasi GrabCar atau MyTeksi seperti biasa, dan seterusnya pada pilihan kenderaan, memilih pilihan Star Wars.

Kenderaan bertemakan Star Wars yang ditawarkan adalah sangat terhad, dan ditawarkan di Kuala Lumpur sehingga 30 Disember ini.

Pengguna juga turut boleh menggunakan fungsi GrabPay untuk tempahan GrabCar Star Wars ini.


TIPS & ULASAN