Google Dilaporkan Akan Hadir Dengan Aplikasi Permesejan Dengan Integrasi Chatbot Dan AI

Google Dilaporkan Akan Hadir Dengan Aplikasi Permesejan Dengan Integrasi Chatbot Dan AI

Diterbitkan pada Dis 23, 2015 oleh .

Google sebelum ini pernah hadir dengan beberapa aplikasi memfokuskan permesejan, dan hari ini ia dilaporkan, syarikat gergasi internet berkenaan sedang membangunkan sebuah lagi aplikasi khusus permesejan yang hadir dengan integrasi sokongan chatbot dan AI.

Melalui integrasi chatbot dan bantuan AI ini, ia akan membolehkan para pengguna untuk membuat sebarang carian informasi dengan mudah. Bot yang hadir pada aplikasi permesejan berkenaan akan mempelajari daripada gaya penggunaan anda. Seperti ramai sedia maklum, Google sedia membuat pelaburan yang tinggi dalam arena pembelajaran mesin dan mereka dilihat ingin mengintegrasikan sokongan tersebut dalam arena permesejan.

Ia dikatakan beberapa bot berbeza boleh digunakan pada aplikasi permesejan berkenaan berdasarkan kepada sesuatu fungsi atau informasi. Sebagai contoh, pengguna boleh bertanyakan berkenaan dengan tempat makan menarik, atau sebagainya. Selain menjawab soalan, bot ini juga dikatakan boleh melakukan beberapa tugasan untuk pengguna.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Google akan memperkenalkan aplikasi dan perkhidmatan baru ini. Dalam arena sama, Facebook turut mempunyai perkhidmatan permesejan dengan sokongan bot dan AI, serta bantuan manusia – melalui apa yang dipanggil mereka sebagai M.


TIPS & ULASAN