Cari @ Amanz

WhatsApp pada tahun ini telah memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi permesejan popular mereka – memudahkan sesiapa sahaja dalam WhatsApp untuk membuat panggilan suara antara satu sama lain. Kini, bergerak ke hadapan, WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook ini dilihat mungkin bakal memperkenalkan sokongan panggilan video.

WhatsAppFungsi panggilan video ini dilihat telah pun dicuba beberapa pengguna pada versi beta WhatsApp untuk iOS. Menggunakannya, pengguna seperti biasa boleh membuat panggilan video, dan turut boleh mengawal sokongan audio dan beberapa yang lain.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa aplikasi permesejan lain telah pun sedia menyokong panggilan video ini – termasuk Facebook Messenger sendiri.

Ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan sokongan panggilan video ini, memandangkan pelbagai pengoptimasian perlu dilakukan termasuk dari segi penggunaan data untuk panggilan video berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd