SKMM Mengeluarkan Kompaun RM2.29 Juta Untuk 2015 Atas Kesalahan Pendaftaran Palsu Kad Sim Prabayar

SKMM Mengeluarkan Kompaun RM2.29 Juta Untuk 2015 Atas Kesalahan Pendaftaran Palsu Kad Sim Prabayar

Diterbitkan pada Dis 23, 2015 oleh .

SKMMSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia merupakan salah satu agensi dan badan kerajaan yang memantau pelbagai perkara berkaitan dengan telekomunikasi. Dalam usaha mengurangkan salah laku syarikat telekomunikasi, mereka sering mengeluarkan kompaun, dan pada tahun ini sahaja, SKMM telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM2.29 juta atas kesalahan syarikat telekomunikasi mendaftar palsu kad-SIM prabayar.

Sebelum ini, sokongan pendaftaran talian prabayar telah diperkenalkan pada tahun 2006 yang lepas dalam melindungi pengguna dan mengurangkan kes salah laku jenayah – terutamanya berkaitan dengan fitnah melalui SMS dan sebagainya.

Namun, ia dilihat masih terdapat pelbagai syarikat prabayar yang membuat pendaftaran palsu kad SIM prabayar – yang mana merupakan salah satu kesalahan yang serius.

Pada bulan Disember 2015 sahaja, sebanyak 25 kompaun telah dikeluarkan yang berjumlah RM1.18 juta. Daripada kompaun yang dikeluarkan, TuneTalk dilihat mempunyai paling tinggi jumlah kompaunnya, iaitu sebanyak 7 kompaun berjumlah RM350,000, dan diikuti oleh Digi dengan 6 kompaun berjumlah RM300,000.

Selain kompaun pada bulan Disember 2015 ini, pihak SKMM telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1.11 juta pada Mac dan September yang lepas.

SKMM Disember Kompaun


TIPS & ULASAN