Cari @ Amanz

Dengan angka pengodaman yang meningkat dari tahun ke tahun, salah satu perkara yang dilihat oleh ramai penyedia perkhidmatan adalah kebolehan untuk log masuk ke sesuatu akaun tanpa bergantung kepada kata laluan. Google turut sama memfokuskan kepada perkara sama, dan kini dilihat telah memulakan ujian dikalangan beberapa pengguna.

Melalui ujian yang dilakukan Google ini, ia dilihat pengguna memerlukan peranti mudah-alih berdekatan dengan mereka jika ingin cuba log masuk ke sesuatu akaun.

Google Akaun

Daripada contoh yang diperlihatkan, Google memberikan pilihan untuk log masuk menggunakan peranti mudah-alih, atau menghantar nombor rawak ke telefon pintar anda. Melalui pilihan pertama, apabila pengguna cuba log masuk ke sesuatu perkhidmatan, ia akan meminta pengguna untuk tap pada aplikasi di peranti mudah-alih – dan sebaik sahaja anda tap pada notifikasi atau pautan yang dipaparkan pada peranti mudah-alih, anda boleh log masuk ke akaun Google.

Google LoginDisamping itu, pengguna juga turut boleh memilih untuk penghantaran nombor rawak – seumpama TAC ketika menggunakan perkhidmatan perbankan, dan anda akan diperlukan untuk memasukkan nombor tersebut.

Seperti biasa, pihak Google turut mengekalkan pilihan untuk log masuk menggunakan kata laluan sebagai sebuah alternatif.

Google baru dalam fasa ujian untuk fungsi ini, dan ujian ini hanya melibatkan sejumlah kecil pengguna sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd