Chromecast merupakan salah satu penyelesaian daripada Google untuk membolehkan para pengguna memainkan kandungan daripada peranti mudah-alih terus ke kaca televisyen. Kini, dengan musim cuti hujung tahun, Google telah menambah beberapa permainan menarik pada Chromecast untuk dimainkan bersama-sama peranti mudah-alih anda.
Antara permainan baru yang telah ditambah oleh Google adalah termasuk Angry Birds Friends, Driver Speedboat Paraside, Monopoly Here & Now, serta beberapa permainan lain.
Melalui permainan untuk Chromecast ini, pengguna boleh memainkannya pada kaca televisyen, dan seterusnya mengawal gerakan menggunakan peranti mudah-alih. Ini membolehkan anda memainkan sesuatu permainan itu bersama-sama rakan-rakan anda yang lain atau ahli keluarga anda di ruang tamu.
Layari : Chromecast Apps