Viber Memperkenalkan Viber Wink – Hantar Video Dan Gambar Yang Terpadam Selepas Seketika

Viber Memperkenalkan Viber Wink – Hantar Video Dan Gambar Yang Terpadam Selepas Seketika

Diterbitkan pada Dis 23, 2015 oleh .

Viber merupakan salah satu aplikasi permesejan dan terkenal kerana sokongan panggilan videonya. Terkini, Viber turut memperkenalkan sebuah aplikasi pelengkap khusus untuk pengguna Viber, dinamakan sebagai Viber Wink.

Viber Wink

Melalui Viber Wink, pengguna boleh merakamkan gambar dan video untuk dihantar kepada rakan-rakan di Viber, dan pengguna turut boleh menetapkan masa untuk mesej tersebut hilang selepas beberapa saat ia dibuka.

Beberapa perkhidmatan permesejan telah sedia menyokong fungsi seumpamanya, dan kini Viber turut menambahnya melalui penggunaan Viber Wink ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Viber, mungkin anda berminat untuk menggunakan Viber Wink ini yang ditawarkan untuk Android dan iOS buat masa ini.

Viber Wink

Muat-Turun Viber Wink untuk Android

Muat-Turun Viber Wink untuk iOS


TIPS & ULASAN