Humble Bundle Kini Menawarkan Koleksi Permainan Dari Square Enix Pada Harga Yang Anda Pilih

Humble Bundle Kini Menawarkan Koleksi Permainan Dari Square Enix Pada Harga Yang Anda Pilih

Diterbitkan pada Dis 23, 2015 oleh .

Humble Bundle terpilih dengan penawaran permainan pada harga rendah – dimana pengguna boleh memilih untuk membayar harga yang disukai oleh anda. Untuk minggu ini, mereka bekerjasama dengan pihak Square Enix untuk menawarkan beberapa permainan yang telah diterbitkan oleh Square Enix.

Humble Square Enix Bundle

Pada nilai sumbangan sekurang-kurangnya $1 (~RM4.31), pengguna akan menerima permainan Tomb Raider 1,2,3; The Last Remnant, Life is Strange Episode 1, dan juga Murdered : Soul Suspect.

Mereka yang berminat turut boleh membuat sumbangan purata minima dan menerima beberapa permainan tambahan termasuk koleksi Just Cause, Front Mission Evolved, Gyromancer, dan juga Yosumin.

Bagi anda yang meminati permainan Square Enix, anda turut boleh membuat pembayaran $8.99 untuk mendapatkan keseluruhan permainan diatas termasuk Lara Croft & the Temple of Osiris, Tomb Raider dan juga Hitman Absolution.

Humble Square Enix Bundle ini akan ditawarkan selama dua minggu – dan mungkin boleh menjadi peneman anda untuk musim cuti hujung tahun 2015 ini.

Layari : Humble Square Enix Bundle


TIPS & ULASAN