Rdio Menamatkan Perkhidmatan Penstriman Muzik Mereka

Rdio Menamatkan Perkhidmatan Penstriman Muzik Mereka

Diterbitkan pada Dis 23, 2015 oleh .

Rdio sebelum ini telah diambil-alih oleh Pandora, dan telah mengumumkan penghentian perkhidmatan berbayar mereka. Hari ini, Rdio mengemaskini laman web rasmi mereka, mengumumkan yang mana mereka telah pun menutup dan menamatkan perkhidmatan mereka tersebut.

Rdio Mati

Rdio merupakan salah satu perkhidmatan penstriman lagu, membolehkan pengguna mendengar lagu-lagu yang digemari anda menggunakan peranti mudah-alih. Ia telah dilancarkan pada tahun 2010, dan diperkenalkan untuk pengguna Malaysia pada tahun 2013.

Kini, apabila anda melayari laman Rdio, ia hanya membenarkan anda untuk memuat-turun arkib koleksi anda, disamping melihat statistik dan penggunaan anda pada perkhidmatan Rdio.


TIPS & ULASAN