Cari @ Amanz

LG mempunyai beberapa tablet dibawah keluarga LG G Pad. Hari ini, mereka menambah satu lagi peranti baru dibawahnya, iaitu LG G Pad II 8.3 LTE. LG G Pad II 8.3 ini dilihat sebagai kemaskini kepada G Pad 8.0 sebelum ini dan membawakan beberapa spesifikasi yang lebih terkini.

LG G Pad 8.3

Seperti pada namanya, tablet ini membawakan saiz skrin 8.3-inci, dan membawakan resolusi 1920×1200 pixel. Untuk pemprosesan, LG G Pad II 8.3 ini menggunakan cip Snapdragon 615, serta dilengkapi memori 2GB RAM. LG turut menyertakan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikro_SD pada tablet ini, selain menyertakan kamera 8-megapixel di belakang dan 2 megapixel di hadapan.

Tablet ini turut menyertakan sebuah stylus untuk memudahkan input, dan dijana dengan Android 5.1.1. Pengguna turut boleh menggunakan rangkaian 4G LTE bersama-sama tablet ini.

Buat masa ini, LG hanya mengumumkannya untuk pasaran di Korea Selatan sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd