Carian
Microsoft Akan Menghalang Adware Seumpama Superfish Sebelum Ini
December 23, 2015 Aman

Pada tahun ini, beberapa masalah sekuriti yang berkaitan dengan adware telah menjadi perhatian ramai – termasuk Superfish pada Lenovo, dan baru-baru ini pada komputer riba Dell. Teknik yang dipanggil sebagai MiTM (Man-In-The-Middle) ini merupakan salah satu masalah sekuriti besar, dan sering berkaitan dengan iklan yang dipaparkan tanpa kebenaran pengguna, ataupun perubahan pada tetapan DNS dan beberapa yang lain.

Perubahan ini adalah salah satu perkara yang tidak begitu selamat untuk sistem, dan menjadikan ia terdedah untuk serangan oleh beberapa pihak.

Dalam usaha untuk membuatkan sistem pengguna terus selamat, Microsoft kini menetapkan tetapan baru yang mana sebarang program yang memaparkan iklan pada pelayar web hanya boleh memasang atau menjalankan sesuatu program melalui pelayar web sahaja – dan jika sebaliknya ia akan dilabelkan sebagai malware. Microsoft mengatakan perkara ini akan mula diaktifkan bermula 31 Mac 2016 kelak.

Sekuriti telah menjadi salah satu topik utama sepanjang tahun – dimana dengan lebih ramai mengakses internet, pelbagai data yang terdedah kepada masalah sekuriti. Ini boleh dikatakan salah satu langkah yang baik daripada Microsoft dalam usaha mengelak data pengguna terjejas – dan mereka kekal selamat ketika menggunakan komputer berasaskan sistem operasi Windows.

Komen