Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A9 telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan hari ini, ia secara rasminya telah pun diperkenalkan untuk pasaran China. Seperti dimaklumkan sebelum ini, Galaxy A9 merupakan sebuah telefon pintar dibawah keluarga phablet yang membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 1080p.

Samsung Galaxy A9

Telefon pintar ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 652 (yang telah melalui penjenamaan semula sebelum ini). Untuk rakaman gambar, Samsung menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 8-megapixel pada bahagian hadapan.

Samsung Galaxy A9 turut dilengkapi dengan memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB dan menariknya hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi dan akan dijual di China bermula bulan hadapan. Seperti siri-A sebelum ini, kita mungkin akan melihatnya dilancarkan di negara-negara luar China tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd