Microsoft Lumia 650 Disahkan Kewujudan – Mungkinkah Kita Melihatnya Pada MWC 2016?

Microsoft Lumia 650 Disahkan Kewujudan – Mungkinkah Kita Melihatnya Pada MWC 2016?

Diterbitkan pada Dis 24, 2015 oleh .

Sejak pengenalan Windows 10, Microsoft hanya telah memperkenalkan tiga peranti sahaja dibawah keluarga Lumia, dan mereka juga dalam perancangan untuk memperkenalkan satu lagi peranti baru tidak lama lagi, iaitu Lumia 650.

Pihak Microsoft mengesahkan kewujudan Lumia 650 yang sedang dalam proses pembangunan, namun mereka tidak memberikan petanda bilakah ia akan dilancarkan.

Lumia 650

Mengikut desas-desus sebelum ini, Lumia 650 dikatakan akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci AMOLED, memori 1GB RAM, dan juga cip Snapdragon 212. Microsoft turut dikatakan akan menyertakan kamera 5-megapixel dihadapan dan 8-megapixel di belakang.

Dengan spesifikasinya, walaupun dijana menggunakan Windows 10, ia mungkin tidak menyertakan kesemua fungsi Windows 10 seumpama Lumia 950 XL.

Walaupun tiada tarikh diberikan untuk pelancarannya, mungkinkah kita akan melihat pengumuman peranti baru ini sekitar Mobile World Congress 2016 yang dijadualkan pada bulan Februari 2016 kelak.


TIPS & ULASAN