HTC One X9 Diperkenalkan Dengan Helio X10 Dan HTC Boomsound
HTC

HTC One X9 Diperkenalkan Dengan Helio X10 Dan HTC Boomsound

Diterbitkan pada Dis 24, 2015 oleh .

HTC hari ini telah memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah keluarga HTC One, iaitu HTC One X9. HTC One X9 membawakan skrin 5.5-inci, dan seperti beberapa peranti HTC lain, ia turut hadir dengan dwi-speaker hadapan berasaskan BoomSound.

HTC One X9

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, dan dijana berasaskan kepada cip pemprosesan Helio X10. Peranti ini turut menyertakan memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB dan dilengkapi ruangan mikro-SD. Peranti ini telah diperkenalkan di pasaran China buat masa ini, dan ia hadir dengan sokongan dwi-SIM.

HTC One X9

HTC One X9 turut menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh, dan seperti peranti HTC lain, ia dijana dengan antaramuka HTC Sense. Secara kasar, dari segi rekabentuk, boleh dikatakan ia menyerupai sedikit seumpama HTC Butterfly sebelum ini – dan membawakan spesifikasi yang sedikit rendah berbanding beberapa keluarga peranti HTC One sebelum ini.

HTC One X9 dipasarkan pada harga 2399 Yuan di China (sekitar ~RM1587).


TIPS & ULASAN