Cari @ Amanz

TP-LINK NeffosTP-LINK merupakan salah satu jenama terkemuka yang memfokuskan kepada produk-produk rangkaian seperti penghala WiFi dan beberapa produk kategori rangkaian yang lain. Kini, selain daripada hanya memfokuskan kepada produk WiFi, TP-LINK turut akan menyertai pasaran telefon pintar tidak lama lagi.

Keluarga telefon pintar baru TP-LINK ini akan dinamakan sebagai Neffos – dan dijangka diperkenalkan pada bulan Februari kelak. TP-LINK mengatakan Neffos akan memfokuskan kepada penawaran rekaan yang mesra pengguna, selain menyediakan pengalaman pengguna digital yang unik.

Pihak TP-LINK sendiri sebelum ini pernah hadir dengan sebuah telefon pintar berasaskan sistem operasi Android, tetapi ia adalah sekitar beberapa tahun yang lepas, dan tidak menggunakan sebarang jenama khusus. Mungkin dengan jenama khusus yang dipanggil Neffos ini, mereka akan memberikan lebih fokus terhadap pengeluaran dan pembangunan peranti mudah-alih mereka.

TP-LINK kini dikatakan memegang pasaran produk WiFi sebanyak hampir 42.9%, dan penyertaan ke dalam arena peranti mudah-alih melalui Neffos ini merupakan penambahan penawaran mereka – selain daripada penghala, sistem rumah pintar dan juga perkhidmatan awan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd