Cari @ Amanz

Perkembangan inovasi dan idea baru sering hadir dengan sesuatu yang ingin memudahkan pengguna. Sebelum ini, kita telah melihat beberapa idea menggunakan haba – termasuk haba yang dilepaskan oleh tubuh manusia yang diubah menjadi sumber tenaga, selain penggunaan haba makanan dan minuman – mahupun haba daripada tayar untuk mengecas peranti atau kenderaan.

eDrink

Terkini, salah seorang remaja turut hadir dengan ciptaan beliau tersendiri dinamakan sebagai eDrink. Melaluinya, ia membawakan sebuah cawan yang boleh mengubah haba daripada air panas yang dituang padanya untuk diubah menjadi kuasa elektrik untuk mengecas peranti.

Teknologi disebaliknya tidak dikongsikan buat masa ini, dan eDrink ini masih dikatakan sebagai prototaip buat masa ini. Dari segi teknologi, ia boleh dikatakan bergantung kepada termoelektrik, dimana ia mengubah tenaga haba menjadi tenaga elektrik.

Dibawah cawan berkenaan, sebuah port berasaskan USB disertakan untuk membolehkan pengguna menghubungkan kabel ke peranti mereka.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat perkembangan sihat dalam arena termoelektrik ini, apatah lagi apabila inovasi dan idea berkenaan hadir daripada pelajar berumur 18 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd