AirBar Membawa Sokongan Skrin Sentuh Pada Komputer Riba Dengan Skrin Biasa

AirBar Membawa Sokongan Skrin Sentuh Pada Komputer Riba Dengan Skrin Biasa

Diterbitkan pada Dis 25, 2015 oleh .

Rekaan Windows akhir-akhir ini boleh dikatakan agak mesra untuk skrin sentuh, dan mungkin anda yang menggunakan komputer riba lama tanpa skrin-sentuh inginkan sokongan skrin sentuh. Untuk menyelesaikan masalah ini, tanpa menggantikan komputer riba anda, sebuah aksesori baru diperkenalkan – dinamakan AirBar.

AirBar

AirBar merupakan sebuah bar yang dipasang pada bahagian bawah skrin, dan ia meliputi skrin komputer pengguna dengan cahaya lutsinar. AirBar dihubungkan kepada komputer menggunakan port USB, dan pengguna boleh melakukan pelbagai gesture seperti zoom, swipe, menatal dan sebagainya.

AirBar berinteraksi menggunakan cahaya, dan ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan skrin bukan sahaja menggunakan jari, tetapi juga ketika mereka menggunakan sarung tangan, menggunakan pensil dan sebagainya.

Buat masa ini, AirBar hanya menyokong komputer Windows 7 dan terkini dengan skrin bersaiz 15.6-inci. Ia bakal dilancarkan pada CES 2016 kelak, dan berharga $49 (~RM210).


TIPS & ULASAN