Huawei Telah Menjual Lebih 100 Juta Telefon Pintar Pada 2015

Huawei Telah Menjual Lebih 100 Juta Telefon Pintar Pada 2015

Diterbitkan pada Dis 25, 2015 oleh .

Tahun ini, kita telah menyaksikan pihak Huawei hadir dengan rekaan peranti yang diminati ramai – melalui Mate S, P8, Huawei Watch, mahupun Nexus 6P. Berkongsi mengenai pencapaian mereka sepanjang tahun 2015 ini, Huawei mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 100 juta telefon pintar sepanjang tahun 2015 ini.

Perkembangan ini adalah sesuatu yang sangat sihat untuk pihak Huawei, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan tahun 2010 yang lepas, mereka hanya menjual sekitar 3 juta peranti sahaja. Ini memperlihatkan perkembangan syarikat mereka sebanyak lebih 30 kali ganda.

Huawei 100 Juta

Pada tahun ini, Huawei telah memperkenalkan Huawei P8, Huawei Mate S, Nexus 6P, Honor 7, Huawei P8 Lite, Huawei G8 dan beberapa peranti lain.

Huawei juga dikatakan menerima maklumbalas positif daripada pengguna mereka, menjadikan mereka antara syarikat dengan kepuasan pelanggan terbaik di dunia.

Dengan perkembangan sihat ini, semestinya ia sesuatu yang menarik untuk melihat apakah bakal diperkenalkan Huawei pada tahun 2016 kelak.


TIPS & ULASAN