Adakalanya ketika sedang mendengar lagu pada Spotify, anda ingin mengetahui lirik lagu yang sedang dimainkan. Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui lirik sesuatu lagu, dan salah satu aplikasi yang memudahkan proses berkenaan adalah Genius.
Menggunakan Genius, ia berjalan pada latar, dan mengesan serta membolehkan anda melihat lirik sesuatu lagu dengan mudah menggunakannya. Selain boleh membuat carian pada aplikasi mereka, pengguna juga akan dipaparkan dengan notifikasi – dibawah notifikasi Spotify untuk membolehkan pengguna mengakses Genius dan membaca lirik lagu sedang dimainkan terus.
Daripada percubaan kami, ia hanya sekadar memaparkan lirik untuk lagu-lagu berbahasa Inggeris yang popular sahaja buat masa ini, dan tidak berfungsi untuk lagu berbahasa Malaysia buat masa ini.
Genius juga turut boleh digunakan bersama-sama Apple Music dan Google Play Music, selain daripada Spotify.
- Muat-Turun Genius untuk Android