Anda Kini Berpeluang Mencuba Huawei Mate S Selama Seminggu Sebelum Membelinya

Anda Kini Berpeluang Mencuba Huawei Mate S Selama Seminggu Sebelum Membelinya

Diterbitkan pada Dis 25, 2015 oleh .

Pada harga RM2698, mungkin ramai yang berfikir berkali-kali untuk membeli telefon pintar terbaru Huawei, iaitu Mate S. Kini, dalam memberi keyakinan kepada para pengguna, Huawei membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mendaftar dan mencuba Huawei Mate S selama seminggu terlebih dahulu, sebelum membelinya.

Huawei Mate S

Langkah ini boleh dikatakan sesuatu yang menarik daripada Huawei, dan nampaknya pengeluar peranti dari China berkenaan benar-benar yakin dengan kemampuan produk terbaru mereka ini.

Untuk berpeluang mencubanya, pengguna yang berminat hanya perlu mendaftarkan diri dan menjawab beberapa soalan bancian sebelum berpeluang mencubanya. Huawei menyediakan sepuluh unit untuk dicuba pengguna setiap minggu.

Huawei menyediakan tempoh ujian ini antara Disember hingga Januari 2016 kelak, dan mereka juga akan mengumpulkan maklumbalas daripada pengguna berdasarkan penggunaan peranti berkenaan.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate S hadir dengan skrin 5.5-inci, cip pemprosesan Kirin 935 2.2Ghz, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan rekaan premium, serta sokongan pengimbas cap jari di belakangnya.

Bagi anda yang masih ragu-ragu untuk membeli peranti ini pada harga RM2698, mungkin boleh mendaftarkan diri, dan berpeluang mencubanya terlebih dahulu sebelum membelinya.


TIPS & ULASAN