Cari @ Amanz

Tahun 2016 bakal menjelang tiba kurang dari seminggu. Sudahkah anda membuat salinan pendua data-data anda, baik data peribadi, bahan berkaitan kerja mahupun segala apa yang dilakukan pada komputer anda pada tahun ini? Terdapat banyak solusi penyimpanan data yang terdapat di pasaran dan WD menerusi siri pemacu cakera keras mudah alih mereka iaitu My Passport juga menawarkan solusi tersebut menerusi aplikasi mereka iaitu WD Backup.

Kebanyakan pemacu cakera keras versi mudah-alih dari WD kini menyertakan perisian WD Backup, salah satu perisian yang memudahkan pengguna melakukan salinan pendua data-data pada komputer mereka, terus kepada pemacu tersebut. Aplikasi ini juga dikenali dengan nama WD Smartware Pro pada satu ketika dulu. Aplikasi ini juga akan menyalin data atau fail-fail yang terbaharu secara automatik, sekaligus mempercepat proses penyalinan data. Pemacu ini juga dilengkapi dengan fungsi WD Security, membolehkan pengguna melakukan proses penyulitan (encryption) 256-bit pada pemacu ini bagi menaikkan tahap sekuriti. Apabila pemacu telah melalui proses penyulitan, ia hanya boleh dibuka dengan pengesahan dari pemilik pemacu tersebut. Pemacu ini boleh beroperasi pada platform Windows dan juga Mac OSX serta hadir dengan jaminan selama 3 tahun.

Khusus buat pembaca Amanz, pihak WD menawarkan tiga unit pemacu cakera keras My Passport Ultra untuk dimenangi menerusi cabutan bertuah. Tiga cabutan bertuah akan dilakukan, dimana dua unit dengan kapasiti storan 1TB dan satu unit dengan kapasiti storan 2TB sedia untuk dimenangi. Bagi menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu menjawab soalan berikut.

“Kenapa perlu membuat salinan data?”

Sertakan jawapan anda di ruangan komentar dengan e-mel yang sah sebelum hari Ahad 27 Disember 2015 11:59 malam. Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen.

  • Info
  • Tahniah kepada pemenang:

    • 1TB: Hadri Aziz & Farred Muain
    • 2TB: zul-jah

    Pemenang telahpun dihubungi melalui emel. Terima kasih kerana menyertai pertandingan ini

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd