Rinspeed Memperlihatkan Σtos Dalam Video – Kereta Panduan Automatik Dengan Ruangan Untuk Dron

Rinspeed Memperlihatkan Σtos Dalam Video – Kereta Panduan Automatik Dengan Ruangan Untuk Dron

Diterbitkan pada Dis 25, 2015 oleh .

Rinspeed sebelum ini telah pun memperlihatkan konsep kenderaan mereka yang dipanggil Rinspeed Σtos. Ia dijadualkan untuk pengenalan pada CES 2016 kelak, dan kini, mereka telah pun menerbitkan video untuk kenderaan berkenaan yang memperlihatkan bagaimana ia akan berfungsi dan kelihatan.

Rinspeed Etos

Rinspeed seperti ramai yang sedia maklum, sering hadir dengan konsep kenderaan yang lain daripada lain. Sebelum ini sendiri, mereka telah memperlihatkan rekaan kereta yang boleh berubah menjadi kapal selam, dan beberapa konsep menarik yang lain.

Rinspeed Σtos ini berasaskan kepada BMW i8, menyertakan sokongan pemanduan automatik, selain ruangan khusus untuk dron pada bahagian belakang. Kenderaan ini menyediakan keselesaan pada bahagian dalam, dimana apabila mod pemanduan automatik diaktifkan, ia akan mengubah bahagian dashboard kenderaan, termasuk menyimpan setering. Ini memberikan lebih ruangan kepada pengguna didalam kenderaan.

Pada bahagian belakang pula, Rinspeed Σtos menyertakan ruangan untuk dron, yang boleh dikawal daripada bahagian dalam kenderaan. Ia boleh digunakan untuk mengambil barang, atau untuk merakamkan video pemanduan anda dari udara, serta bagi beberapa tujuan yang lain.

Pihak Rinspeed akan memperlihatkan kenderaan elektrik baru mereka ini pada CES 2016 kelak, dan mungkin lebih maklumat lanjut akan dikongsikan ketika itu.

Rinspeed Etos


TIPS & ULASAN