Menggunakan Xiaomi Mi3, Mi4 Atau Mi Note? Anda Kini Boleh Daftar Untuk Mencuba Android 6.0 Marshmallow

Menggunakan Xiaomi Mi3, Mi4 Atau Mi Note? Anda Kini Boleh Daftar Untuk Mencuba Android 6.0 Marshmallow

Diterbitkan pada Dis 25, 2015 oleh .

Sejak pengenalan Android 6.0 Marshmallow, pelbagai syarikat berlumba untuk menawarkan kemaskini terkini kepada pengguna peranti mereka – dan pada masa yang sama memenangi keyakinan pengguna terhadap mereka. Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan akan menawarkan kemaskini Marshmallow, dan kini telah memulakan fasa ujian beta untuknya.

Android 6.0 Marshmallow

Android 6.0 Marshmallow yang dilengkapi dengan antaramuka MIUI 7 kini dalam fasa beta tertutup, dan Xiaomi membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai Mi3, Mi4 atau Mi Note untuk menyertai ujian beta berkenaan. Pengguna terlebih dahulu perlu aktif dalam forum MIUI sebelum dapat menyertainya.

Versi yang diuji dalam bentuk beta ini adalah versi MIUI7 Global, sekaligus memberikan petanda yang mana pihak Xiaomi mungkin memperkenalkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna peranti Mi3, Mi4, dan Mi Note dalam masa sebulan dua lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat untuk menguji MIUI7 Beta berasaskan Android 6.0 Marshmallow pada peranti anda.

Uji : Xiaomi MIUI7 – Android 6.0 Marshmallow Global Beta


TIPS & ULASAN