Bagaimana Pakej BOB Boleh Membantu Perniagaan Anda?

Bagaimana Pakej BOB Boleh Membantu Perniagaan Anda?

Diterbitkan pada Dis 26, 2015 oleh .

Bagi apa jua perniagaan, perkara paling penting adalah bagi memastikan bisnes sentiasa beroperasi bagi menjana keuntungan dan dengan mempunyai laman web, ia merupakan salah satu jalan yang membolehkan peniaga meneroka potensi perniagaan alaf baru. Bukan sahaja menerusi laman web, laman perkongsian sosial seperti Facebook dan Instagram kini menjadi tempat bagi pemilik perniagaan mempromosikan perniagaan mereka.

Namun promosi menggunakan laman sosial juga mempunyai keterbatasannya, seperti pemilik perniagaan tidak dapat mempromosi mengikut idea mereka sendiri dan tidak mempunyai kawalan seperti laman web. Malangnya, mungkin disebabkan kekangan masa dan tenaga kerja menyebabkan pemilik perniagaan kebiasannya memandang enteng faedah mempunyai laman web yang mempromosikan produk mereka. Atau mungkin juga disebabkan kekurangan kos, serta tanggapan dimana untuk syarikat mempunyai laman web, ia bakal memakan kos penyelenggaran yang tinggi.

MYNIC BOB -IMG_7735Pada bulan November yang lalu MYNIC telah melancarkan pakej BOB, singkatan kepada Bisnes Online Bundle yang menawarkan solusi semua-dalam-satu yang bertujuan memudahkan perniagaan untuk mula bertapak di arena web. Sejajar dengan evolusi teknologi internet, kini pemilikan laman web tidak memakan kos yang tinggi seperti dahulu, dan menerusi pakej BOB ini, ia memudahkan pemilik perniagaan untuk memulakan langkah pertama mempromosikan produk mereka di alam maya. Menerusi pakej BOB, empat perkhidmatan akan diterima pengguna pada kadar harga yang cukup berbaloi, iaitu RM 180 dan pada harga ini ia tidak memakan kos yang tinggi seperti yang selalu disangkakan oleh pemilik perniagaan.

1. 1x Domain .my / .com.my (harga asal RM 120+)

Secara asasnya kebanyakan laman web di internet mempunyai nombor IP (Internet Protocol) tersendiri namun ia mungkin sukar diingati. Domain merupakan nama bagi sesuatu laman web tersebut. Secara analoginya jika anda pemilik kenderaan, anda sudah tentu lebih senang mengingat nombor pendaftaran kenderaan anda tetapi tidak nombor cesi (chassis) kenderaan anda. Bayangkan jika anda mempromosi kepada rakan anda ‘Eh kau belilah tudung aku di 126.78.90.10’ ia sudah tentu kedengaran pelik. Akan tetapi jika disebut ‘belilah tudungku di www.tudungneelofa.my’ sudah tentu ramai yang senang melawati laman web tersebut.

Pemilik perniagaan bakal memperoleh domain .my ATAU domain.com.my apabila mendaftar pelan ini. Manfaat dari penggunaan domain .my adalah identiti tempatan, disamping mempromosi perniagaan berasal dari Malaysia. Jika perniagaan anda mempunyai cabaran dalam mendapatkan nama domain ‘.com’ yang biasanya telahpun dipegang oleh pengguna lain, pilihan domain ‘.com.my’ sentiasa tersedia, dan tidak sekelumit pun menurunkan tahap jenama produk anda.

2: Pelayan Web Hosting Berkapasiti 5GB Tanpa Had Kuota Bandwidth Penggunaan

Apabila pemilik perniagaan telah memiliki nama domain, ia perlu dihubungkan kepada perkhidmatan Web Hosting yang bertujuan untuk menyimpan segala fail-fail berkaitan laman web. Fail-fail seperti fail laman web itu sendiri, serta gambar produk, fail zip yang boleh dimuat-turun, dan sebagainya perlu diletakkan pada sesuatu ‘tempat’ di alam Maya. Web Hosting merupakan pelayan (server) yang berfungsi untuk memberikan maklumat bergantung kepada permintaan pengguna. Seperti contoh jika pengguna menginginkan maklumat berkenaan tudung bawal, maka pelayan tersebut akan memberikan informasi berkenaan tudung bawal dan jika pengguna mahukan maklumat berkenaan tudung Syria, pelayan tersebut akan memberikan informasi berkenaanya.

Sekali lagi pelayan Web Hosting boleh dianalogikan seumpama kenderaan. Jenis pelayan Web Hosting adalah bergantung kepada tujuan perniagaan itu sendiri. Bagi laman web yang mempunyai banyak pelawat, adalah perlu pelayan Web Hosting tersebut mempunyai keupayaan yang setara seperti Proton Inspira, manakala bagi perniagaan yang baru bermula mungkin cukup sekadar Proton Iriz. Dengan kapasiti storan Web Hosting sebesar 5GB ia agak cukup untuk pemilik perniagaan memulakan langkah. Apa yang penting adalah MYNIC tidak menghadkan kuota penggunaan bandwidth pada pelayan mereka, sekaligus pemilik perniagaan tidak perlu risau berkenaannya.

3: 1x Email professional berkapasiti 10GB

Sesudah memiliki domain dan web hosting, penjenamaan emel pada perniagaan juga merupakan suatu perkara yang penting pada masa kini. Perniagaan anda mungkin dilihat tidak professional sekiranya anda masih menggunakan nama seperti [email protected] ataupun [email protected] Perniagaan anda dilihat seperti perniagaan yang tidak serius, berikutan menggunakan perkhidmatan percuma.

Email professional yang dimaksudkan disini adalah seperti [email protected],my’ atau [email protected] Bukan sahaja orang lain kagum, malah anda sebagai pemilik perniagaan sudah tentu akan berasa bangga dan professional dalam menyebutkan alamat email anda kepada orang lain. Ia hadir dengan kapasiti 10GB, dan cukup untuk menjalankan urusan bisnes seharian. Malah emel pertanyaan biasanya mempunyai saiz tidak lebih dari 500kb. Sekiranya anda merasakan kapasiti tersebut tidak mencukupi, anda boleh menghubungi pihak MYNIC untuk berbincang mengenainya.

4. Antivirus F-Secure Protection Service for Business

Dewasa kini, pelbagai ancaman sekuriti hadir, sekaligus membolehkan pelbagai data terdedah kepada anasir luar. Untuk melindungi data perniagaan anda daripada diakses pihak luar, pakej BOB turut hadir dengan F-Secure Protection Service for Business. Melaluinya, ia melindungi anda daripada malware dan pelbagai ancaman yang berhasil daripada internet, sekaligus pada masa yang sama melindungi data-data yang disimpan anda berkenaan dengan perniagaan mahupun data pembeli anda. Ini juga memudahkan pemilik perniagaan supaya tidak perlu risau akan sekuriti, dan hanya perlu fokus kepada menjalankan perniagaan.

BONUS: Latihan WordPress & Sokongan MYNIC

Selain dari penawaran 4 perkhidmatan diatas, sekiranya pemilik perniagaan ingin belajar selok belok bagaimana mengendalikan laman web, mereka boleh belajar cara menggunakan WordPress, salah satu sistem pengurusan kandungan yang sangat popular. Populariti sistem ini adalah kerana sistemnya yang direka mesra pengguna, dan mempunyai pelbagai pemalam yang boleh ditambah. Ia juga diberikan secara percuma, dibawah lesen sumber terbuka. Bagi menjalani latihan pengurusan sistem WordPress, ia ditawarkan pada harga yang agak rendah berbanding harga pasaran, iaitu RM 100 untuk kursus pembelajaran selama sehari.

Menerusi tawaran diatas juga, sekiranya anda merasakan sesetengah perkara tidak mencukupi setelah menggunakannya, seperti contoh anda perlu kapasiti Web Hosting yang lebih besar, atau memerlukan lebih dari 1 emel professional, pihak MYNIC sedia membantu untuk proses tersebut. Jika anda menggunakan perkhidmatan dari luar negara, mungkin terdapat sedikit isu komunikasi, dan mungkin anda perlu menanti jawapan dari mereka untuk beberapa ketika, sekaligus melewatkan sebarang urusan berkaitan.


 

MYNIC BOB -IMG_7740

Untuk kesemua perkhidmatan yang ditawarkan menerusi pakej Bisnes Online Bundle ini sekiranya dikirakan dari harga asal, ia berjumlah sehingga RM 370. Justeru penawaran pakej BOB pada harga RM 180 ini merupakan harga yang sangat mampu dimiliki oleh apa jua perniagaan. Malah sekiranya ditambah dengan RM 100 kursus asas WordPress, ia masih berjumlah RM 280, suatu pelaburan yang kecil untuk keuntungan yang bakal diperoleh menerusi manfaat perniagaan di internet. Kesemua perkhidmatan ini ditawarkan selama setahun, dan untuk harga pembaharuannya berjumlah RM 250 untuk tahun seterusnya.

Promosi pakej BOB pada harga RM 180 ini hanya sah untuk tempoh terhad sehingga akhir tahun, jadi rebutlah peluang ini sementara masa masih mengizinkan.

Daftar: Pakej MYNIC Bisnes Online Bundle 

Penafian: Advertorial dari MYNIC


TIPS & ULASAN